Ahad, 28 April 2013

JIRAN, ADIK BERADIK SAHABAT SELAMANYA

Mak Aku Kata...dok berjauh dari keluarga bukan la sesuatu yang mudah...susah atau senang diharungi sendiri hanya jiran la orang yang paling rapat dengan kita jadi kata mak, berbuat baik la dengan jiran sebab mereka la orang pertama yang datang menolong sewaktu kita dalam kesusahan.

  Aku akui, apa yang mak pesan tu memang benar, jiran la yang banyak mengambil berat tentang family aku sewaktu aku di tempat orang walaupun ada masa nya mengambil berat terlebih-lebih(mengumpat ler tu...)

  Kak Ina, Morgana, Puspa, Yus, Kak Ida, Kak Imah merupakan jiran2 aku yang baik dan ada diantaranya walaupun kami terpisah hampir 4 tahun tapi masih berhubung. lagipun zaman serba canggih nie dok jauh beribu batu pon cam dekat jek...hari2 boleh mengumpat, hari2 boleh bertanya kabar hehehe....

Aku sayang semua jiran2 aku...dorang banyak bantu aku semasa di tempat orang. walau diantara nya tidak seagama namun kami hormat dengan agama masing2. Morgana seorang jiran berbangsa India yang sangat baik. dia sanggup tidak mahu memelihara anjing semata2 nak jaga hati ku. dia suka anak2 ku bermain dengan anaknya jadi kalau ada anjing mesti aku x bagi dorang main bersama apatah lagi di perkarangan rumahnya.

Yusniza telah kuanggap seperti adik beradik ku sendiri. kami sangat rapat sehingga anak2 ku memanggilnya UMMI. kami saling tolong menolong, tiada istilah pentingkan diri. bila aku sesak duit dia la yang membantu dan bergitu la sebaliknya. tentang makan dan minum langsung x menjadi hal. kadangkala berselisih pendapat tu biasa la...namun x pernah sampai mengambil hati

  kini walaupun hampir 5 tahun aku kembali pulang ke kampung halaman aku x pernah lupakan dorang...pada aku dorang la adik beradik aku semasa di rantau orang. tapi ntah kenapa aku jadi rindu dengan jiran2 aku terutama sekali Yuss. aku asyik membelek gambar kami berdua dan terkenang segala pahit manis ketika bersama.

  semalam tanpa di duga aku dikabar kan berita yang x langsung aku sangka. YUSS SUDAH KEMBALI KERAHMATULLAH...berlinang air mata tanpa di pinta. seperti x percaya...terimbau kembali kenangan sewaktu kami bersama. YUNK...I DOA KAN SEMOGA U AMAN KAT SANA, SEGALA KENANGAN KITA TERSIMPAN RAPI DALAM HATI I...I SAYANG U SGT2

AL-FATIHAH KE ATAS ARWAH SAHABAT KU YUSNIZA SHAARI  APRIL 2013

**betul Kata Mak Aku

  



glitter-graphics.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan