Sabtu, 4 Mei 2013

OIII JANGAN LUPA MANDI SUBUH...



Haa...korang yang baca nie....bangun tadi da mandi ke belom...ntah2 solat subuh pon terlepas...(jangan marah...) Ok la..Mak Aku Kata pepagi, sebelum Solat subuh kene mandi dulu baru la segar dan bersemangat nak mulakan hari kita...apatah lagi kita nak jumpa Kekasih kita yang Satu  tu kan...sebab Mak Aku Kata waktu kita tido kita x perasan apa yang kita dah buat, ntah2 masa kita tido jari jemari kita di sedap sangat menggaru tang tuuuutttt...ehem2 kan...jadi mandi la...sucikan diri hehehe....

  Kat sini aku nak berkongsi sikit kebaikan2 mandi subuh ni, jom kita baca
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

*Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

*Kulit lebih lembut dan halus

*Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

*Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

*Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.

*Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

*Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.

p/s : sebenarnya saya pon lom mandi lagi....mandi dulu yek....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan