Jumaat, 24 Mei 2013
SEEKOR LEMBU BAWAK LUPUR SEMUA TERPALIT SAMA
HEHEHE ANGAH JANGAN MARAH K...PERIBAHASA JEK.... ni semua adik FARISHHHHHHH LA PUNYA PASAL
sebenarnya farish dah mula sakit sejak di JB lagi tapi bila sampai kampung demam nya makin teruk. g klinik doktor kata kena sakit kaki tangan dan mulut. esok nya ada pegawai kesihatan datang cek keliling umah...petang tu plak semua rumah kene sembur..ajek giler
CUBIT PEHA KANAN PEHA KIRI TERASA SAKITNYA
bergitu la bagusnyer kerabat Wak Abu ni, sentiasa memahami antara satu sama lain. memang kadangkala kami bertengkar nak menegakkan sesuatu namun itu hanya sementara selepas itu kami akan berbaik semula.
Tragedi Warung Along membuat kan keluarga kami kecoh malam tu. yang dekat datang melihat yang jauh x sudah2 menalipon bertanya khabar berita. Angah x boleh tahan malam tu juga bawa in dan men balik kampung. risau dengan keadaan kakak nya. walaupon bukan duit segudang yang kami bawakan namun cukup dengan keperihatinan keluarga membantu dalam pelbagai segi.
kadangkala sesuatu musibah bertukar menjadi pesta bile semuanya berkumpul. tiada esak tangis tapi kami cuba membuat kan Along gembira, tertawa berjenaka supaya hilang sekejap bebanan yang along tanggung.
Lihatla mereka seronok dengan aktiviti tangganya. macam xde apa yang berlaku,
teringat waktu mak meninggal kami hanya menangis dan murung sewaktu di hospital bile sampai di rumah dan selesai jenazah mak di kebumikan kami seperti biasa gelak ketawa x pernah yang kurang sehingga busu bedah x berpuas hati. tapi tahu kah mereka hati kami sedih dan pilu dengan pemergian mak. kami sangat rapat dengan mak sehingga kami langsung x perasan yang mak sudah tiada, rasa kami mak masih ada melihat telatah anak2nya.
semoga keakraban kami sekeluarga diwarisi anak2 sebab kami x pernah membezakan mereka. sebagaimana mak mengajar kami bergitu la kami turunkan kat anak2.
![]() |
Mr Lucky ku beria2 kopek kelapa nie...tapi sayang semuanya tua..huhuhu |
![]() |
konon nye berlagak ayu la tu |
![]() |
ika dan ieman |
![]() |
mak long |
![]() |
ni la angah brutal dan anak nya farish |
![]() |
nurin(putriku) dan Erra(putri tunggal uder) |
![]() |
Ngah cian cam die punya rumah lak yang terbakar |
![]() |
sibuk jek arif menyelit kat anak2 dara tu |
![]() |
ni hubby uder arun dah terbongkang kepenatan |
![]() |
encemnya putra mama nie (Fikri) |
![]() |
Irfan mang sa kebakaran. luka didahi makin sembuh |
![]() |
baby (anak bujang uda) dan Qina (putri angah) |
Khamis, 23 Mei 2013
SABAR LAH HATI WALAU DI UJI TRAGEDI 14/05/2013
Lama dah x updated blog...rindu plak nak menaip...cewahhhh..
yeeee...memang betul aku bz sangat semenjak 2 menjak nie....tgh sedap2 aku dan ngah menikmati ubi rebus cicah sambal tumis kami di kejutkan dengan berita yang sangat tragis
syukor ke hadrat Ilahi semuanya selamat...banyak pihak yang prihatin menolong. terima kasih yang x terhingga, semoga along dan keluarga tabah dengan sedikit ujian Allah ini. Mak aku Kata ... Allah hanya bagi ujian pada orang yang dia sayang...Jadi BERSABARLAH
yeeee...memang betul aku bz sangat semenjak 2 menjak nie....tgh sedap2 aku dan ngah menikmati ubi rebus cicah sambal tumis kami di kejutkan dengan berita yang sangat tragis
Berita yang sangat mengejutkan WARONG ALONG terbakar...hadoi.....yang kami takut kan hani dan irfan ada kat dalam warung tu sewaktu kejadian. kata along maybe hani masak maggi dan kami harapkan kebakaran kecik jek yang berlaku. kalau boleh terbang dah terbang agaknyer kete aku ni nak sampai warung along....sekali sampai
Masyaallah api sedang marak membakar warung along. kami hanya mampu menjerit memanggil nama hani dan irfan bimbang mereka ada didalam. Abang Edi dah nak masuk kedalam warung yang hangus terbakar itu untuk menyelamatkan anak saudaranya. nasib baik ada pekerja2 kilang yang namapak hani dan irfan sudah dibawa pergi oleh bapa mereka. Syukur ke hadrat Ilahi.
bomba datang selepas itu memadamkan api kebakaran. kami hanya mampu melihat dengan linangan airmata kayu2 warung jatuh menjadi bara. terlihat segala usaha along selama ini musnah di jilat api. bagaimana along nak meneruskan kehidupannya selepas ini. warung ni bukan sahaja tempat along mencari rezeki tapi juga rumahnya. BAGAIMANA KEADAAN HANI DAN IRFAN???
Hani dan Irfan dimasukkan ke wad untuk merawat luka nya. nasib baik mereka berdua selamat, biarlah habis harta dunia boleh dicari ganti tetapi harta yang tak ternilai ini dia galang gantinya.
![]() |
Irfan mengalami luka di kepala dan tangan |
![]() |
kaki hani masak mungkin terpijak bara sewaktu melarikan diri |
![]() |
bahu hani juga melecur x pasti kene apa |
![]() |
tangan hani turut melecur |
PRU13
Ini kali ke-3 aku menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Rugi tau kalau kita dah cukup umur tapi x mengundi. x kira la apa parti pun yang kita pangkah yang penting ianya merupakan tanggungjawab kita.
tapi yang aku heran bile time mengundi ni ada jek nak bergaduh la..wat citer yang bukan2 la...laki bini bercerai berai pon banyak hanya pasal pilih parti yang berbeza. cam aku dgn Mr Lucky kami pon punya pendapat yang berbeza namun kami hormat pendirian masing2. jadi semuanya ok jek, kami jadikan hari mengundi semacam satu hari pesta bersuka ria. waktu ni la adik beradik yang balik mengundi semua berkumpul lepas tu sambutan dengan bendera sini sana nampak meriah sekali kalah hari raya.
![]() |
SAYA DAH, AWAK CAMNER? |
Ahad, 19 Mei 2013
mALAZ LA SANGAT
Aku sekarang ni malaz betul nak updated blog.....BETUL KATA MAK aku ni hangat2 taik ayam jek
..huhuhu ayam plak terkene, hei!!!! Taik lain x hangat ker...???? Lappy aku punya pasal la...lembab aje giler nak menunggu nyer...x kuasa aku.
dalam aku senyap dan sunyi ni byk yg berlaku pada bulan mei ni, diantaranyer PRU13 pastu yg paling tragis warong along kebakaran....cian along....semua ni akan aku cerita ka satu persatu melalui blog ni k....
Sabtu, 11 Mei 2013
ADUHH...PANASSS IS HOTTT...!!!!
Mak Aku Kata...x leh gurau g surau...hikhikhik mana ada Mak Aku Kata cam tu.... tu aku yang kata. Mak Aku Kata setiap apa jek yang kita buat mesti ada batasan. Batas kita bile berbicara, batasan kita setiap melakukan sesuatu sebab kita x tau...tanpa batasan setiap kata yang kita keluarkan buat orang terasa, setiap sesuatu yg berlaku buat orang terluka.
Kita senang berbicara sebab bukan kita yang kene tapi cuba kene kat batang hidung sendiri...haaa sentap!! so ingat la k...orang tua2 ni kalau cakap memang menusuk kat dlam hati yang palinhg dalam...
X nak la cedih2 k...jom kita tengok video yang dah berapa kali ulang pon aku tetap boleh ketawa terbahak...haaa....tu kira da lupa batasan tu....
###ala sori k aku x tau nak download video dr keek...tp cuba g sana pastu cari KEEK ERRY PUTRA memang x menyesal la....
Kita senang berbicara sebab bukan kita yang kene tapi cuba kene kat batang hidung sendiri...haaa sentap!! so ingat la k...orang tua2 ni kalau cakap memang menusuk kat dlam hati yang palinhg dalam...
X nak la cedih2 k...jom kita tengok video yang dah berapa kali ulang pon aku tetap boleh ketawa terbahak...haaa....tu kira da lupa batasan tu....
###ala sori k aku x tau nak download video dr keek...tp cuba g sana pastu cari KEEK ERRY PUTRA memang x menyesal la....
Jumaat, 10 Mei 2013
SAMBAL BELACAN...ASSSYYIKKKKK....
Mak Aku Kata....sambal belacan tu busuk tapi sedap....jadi jangan suka2 bg sambal belacan kita kat orang...
Orang tua2 ni banyak betul maksud yang tersirat....tapi tu la yang mak selalu pesan kat aku, mula2 x paham tapi lelama baru aku terfikir...
Dan sekarang ayat tu jugak la aku selalu pesan kat anak aku. Biar kita x pandai, biar kita x lawa, biar kita x se'HOT' orang lain...yang penting kita jaga maruah mak bapak kita, jaga agama kita, jaga peribadi kita dan yang paling penting SAMBAL BELACAN JANGAN BAGI SESAPA COLEK!! In Syaa Allah itu yang terbaik untuk kita.
Orang tua2 ni banyak betul maksud yang tersirat....tapi tu la yang mak selalu pesan kat aku, mula2 x paham tapi lelama baru aku terfikir...
Dan sekarang ayat tu jugak la aku selalu pesan kat anak aku. Biar kita x pandai, biar kita x lawa, biar kita x se'HOT' orang lain...yang penting kita jaga maruah mak bapak kita, jaga agama kita, jaga peribadi kita dan yang paling penting SAMBAL BELACAN JANGAN BAGI SESAPA COLEK!! In Syaa Allah itu yang terbaik untuk kita.
p/s :- Alamak terliur la plak tengok gambar nie
Sabtu, 4 Mei 2013
OIII JANGAN LUPA MANDI SUBUH...
Haa...korang yang baca nie....bangun tadi da mandi ke belom...ntah2 solat subuh pon terlepas...(jangan marah...) Ok la..Mak Aku Kata pepagi, sebelum Solat subuh kene mandi dulu baru la segar dan bersemangat nak mulakan hari kita...apatah lagi kita nak jumpa Kekasih kita yang Satu tu kan...sebab Mak Aku Kata waktu kita tido kita x perasan apa yang kita dah buat, ntah2 masa kita tido jari jemari kita di sedap sangat menggaru tang tuuuutttt...ehem2 kan...jadi mandi la...sucikan diri hehehe....
Kat sini aku nak berkongsi sikit kebaikan2 mandi subuh ni, jom kita baca
Kebaikan Mandi Sebelum Subuh
Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:
*Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
*Kulit lebih lembut dan halus
*Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
*Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
*Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.
*Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
*Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.
p/s : sebenarnya saya pon lom mandi lagi....mandi dulu yek....
Langgan:
Catatan (Atom)