yeeee...memang betul aku bz sangat semenjak 2 menjak nie....tgh sedap2 aku dan ngah menikmati ubi rebus cicah sambal tumis kami di kejutkan dengan berita yang sangat tragis
Berita yang sangat mengejutkan WARONG ALONG terbakar...hadoi.....yang kami takut kan hani dan irfan ada kat dalam warung tu sewaktu kejadian. kata along maybe hani masak maggi dan kami harapkan kebakaran kecik jek yang berlaku. kalau boleh terbang dah terbang agaknyer kete aku ni nak sampai warung along....sekali sampai
Masyaallah api sedang marak membakar warung along. kami hanya mampu menjerit memanggil nama hani dan irfan bimbang mereka ada didalam. Abang Edi dah nak masuk kedalam warung yang hangus terbakar itu untuk menyelamatkan anak saudaranya. nasib baik ada pekerja2 kilang yang namapak hani dan irfan sudah dibawa pergi oleh bapa mereka. Syukur ke hadrat Ilahi.
bomba datang selepas itu memadamkan api kebakaran. kami hanya mampu melihat dengan linangan airmata kayu2 warung jatuh menjadi bara. terlihat segala usaha along selama ini musnah di jilat api. bagaimana along nak meneruskan kehidupannya selepas ini. warung ni bukan sahaja tempat along mencari rezeki tapi juga rumahnya. BAGAIMANA KEADAAN HANI DAN IRFAN???
Hani dan Irfan dimasukkan ke wad untuk merawat luka nya. nasib baik mereka berdua selamat, biarlah habis harta dunia boleh dicari ganti tetapi harta yang tak ternilai ini dia galang gantinya.
![]() |
Irfan mengalami luka di kepala dan tangan |
![]() |
kaki hani masak mungkin terpijak bara sewaktu melarikan diri |
![]() |
bahu hani juga melecur x pasti kene apa |
![]() |
tangan hani turut melecur |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan